20 Sebab Kenapa Perlu Ambil
Supplemen / Vitamin
1. Tidak mengikut piramid makanan atau makanan seimbang.
2. Masalah Penghadaman. Penghadaman yang tak efisien boleh
membataskan penyerapan vitamin oleh tubuh. Contohnya jika mengunyah makanan
dengan kurang sempurna atau terlalu cepat. Ini menghasilkan saiz partikel
makanan yang lebih besar dari normal iaitu terlalu besar bagi tindakan lengkap
oleh enzim-enzim penghadaman. Mereka yang menggunakan gigi palsu juga boleh
menjejaskan penyerapan vitamin akibat pengunyahan kurang efisien.
3. Kopi, Teh Panas & Rempah Tabiat meminum air yang
terlalu panas atau pengambilan terlalu banyak kopi, teh, jeruk dan rempah boleh
menyebabkan inflamasi atau keradangan pada lapisan saluran pencernaan. Ini
mengakibatkan kurangnya rembesan cecair penghadaman serta penyerapan vitamin
dan mineral menjadi kurang.
4. Pengambilan alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan
kerosakan pada hati dan pankreas iaitu organ yang penting dalam proses
penghadaman dan metabolisma. Pengambilan alkohol yang kerap dan banyak
menyebabkan badan memerlukan lebih banyak Vitamin B terutamanya thiamine,
niacin, pyridoxine, asid folik, Vitamin B12, Vitamin A, Vitamin C, zink,
magnesium dan juga kalsium.
5. Amalan merokok boleh menyebabkan iritasi pada saluran
penghadaman dan meningkatkan keperluan badan terhadap Vitamin C yang juga
penting dalam fungsi sistem imun.
6. Julap / ubat sembelit / ubat kurus. Penggunaan julap
secara berlebihan boleh mengakibatkan kurangnya penyerapan vitamin dan mineral
daripada makanan. Paraffin dan lain-lain minyak mineral meningkatkan kehilangan
vitamin larut lemak seperti Vitamin A, D, E dan K. Penggunaan julap yang banyak
juga boleh menyebabkan kehilangan mineral seperti potassium, sodium dan
magnesium.
7. Fad Diet. Diet ganjil yang tidak mengandungi semua
kumpulan makanan berkemungkinan kurang mengandungi vitamin. Paling popular, diet
kurang lemak, jika diamalkan secara ekstrem boleh mengakibatkan kekurangan
Vitamin A, D, E dan K. Diet vegetarian yang tidak mengambil daging dan sumber
haiwan lain pula perlu dirancang dengan baik supaya tidak kekurangan Vitamin
B12 yang boleh mengakibatkan anemia.
8. Makanan Terlebih Masak. Memasak terlalu lama atau
memanaskan semula daging dan sayuran boleh memusnahkan Vitamin B, C dan E.
9. Makanan Diproses (dalam tin). Pemprosesan makanan yang
bertujuan meningkatkan jangkamasa penyimpanan boleh menyebabkan kandungan
nutrien berkurangan atau hilang sama sekali.
10.
Makanan
segera yang tinggi kandungan karbohidrat, gula dan garam meningkatkan keperluan
badan terhadap Vitamin B bagi memproses makanan tersebut.
11.
Antibiotik.
Sesetengah antibiotik walaupun berguna bagi menghapuskan kuman yang menyebabkan
jangkitan boleh menghapuskan sekali bakteria-bakteria baik dalam perut dan
usus.
12.
Alahan
Makanan. Mereka yang alah terhadap gluten atau laktosa boleh mengalami
kekurangan sumber nutrisi diet yang penting seperti thiamine, riboflavin dan
kalsium.
13.
Kehilangan
Nutrien Tanaman. Sumber makanan daripada tanaman seperti sayuran dan
buah-buahan boleh kekurangan nutrien akibat pengurusan tanah yang lemah.
14.
Kemalangan
dan Penyakit. Luka terbakar menyebabkan kehilangan protein, vitamin dan
mineral. Pembedahan pula meningkatkan keperluan terhadap zink, Vitamin E dan
nutrien yang terbabit dalam proses pembaikan sel.
15.
Tekanan
atau Stress. Tekanan fizikal, emosi dan pencemaran boleh meningkatkan keperluan
tubuh terhadap Vitamin B2, B5, B6 dan Vitamin C.
16.
Sindrom
pra haid. Penyelidikan sains telah membuktikan bahawa 60% wanita yang mengalami
masalah sindrom pra haid boleh mendapat manfaat dengan pengambilan suplemen
Vitamin B6.
17.
Remaja.
Proses tumbesaran yang pesat dari segi fizikal, emosi dan biokimia sewaktu usia
remaja menyebabkan golongan remaja terutama perempuan memerlukan lebih banyak
nutrien berbanding orang dewasa.
18.
Wanita
Hamil. Kehamilan menyebabkan keperluan nutrien lebih banyak bagi memastikan
proses tumbesaran yang sihat bagi ibu dan juga bayi.
19.
Pil
Perancang. Pil perancang boleh mengurangkan penyerapan asid folik dan
meningkatkan keperluan tubuh terhadap Vitamin B6, Vitamin C, zink dan juga
riboflavin.
20.
Warga
Emas. Peningkatan usia sering dikaitkan dengan pengambilan vitamin dan mineral
khususnya zat besi dan kalsium yang berkurangan.
No comments:
Post a Comment